Perang Intelek Antara Apple Dan Samsung

Apple masih meneruskan perang intelek mereka terhadap Samsung, ini kerana Samsung adalah pengeluar alatan Android terbanyak meliputi telefon bimbit dan tablet, Apple mendakwa Samsung meniru iPhone 4 dan iPhone 4S. Perang intelek antara Apple dan Samsung merupakan tamsilan terhadap perebutan untuk mendominasi pasaran peranti mudah alih antara iOS dan Android. Kami di iAwani melihat perang antara Apple dengan Samsung ini tidak ada kesudahannya bahkan hanya akan berakhir apabila Apple puas hati dapat mengalahkan Samsung (tapi itu mustahil berlaku). Semuanya bermula apabila Steve Jobs semasa hayatnya mengumumkan bahawa beliau akan memerangi Android sehabis daya kerana menganggap Android meniru iOS keluaran Apple. Bloomberg Business Week menerbitkan analisa mendalam terhadap perang intelek antara Apple dan Samsung yang mana bagi kami bagus untuk dibaca jika Anda mahu tahu lebih lanjut berita mengenai kes saman-menyaman mereka di Mahkamah. Link untuk ke artikel itu kami sediakan di bawah.

2 comments: