Samsung Penjual Telefon Bimbit Terbanyak Awal 2012

Samsung kini dinobatkan menjadi penjual telefon bimbit terbanyak di seluruh dunia, berdasarkan kenyataan laman web Investors.com. Jika Anda kenali dengan lebih dekat Samsung yang ada pada hari ini, syarikat Korea menjadi pengeluar telefon pintar Android paling banyak mengalahkan pengeluar lain seperti HTC, Sony, Motorola, ZTE juga Huawei. Bagi kita di Malaysia, Samsung cukup di minati, tablet Android terbaru dan telefon pintar Android terbaru berjenama Samsung ditunggu-tunggu kemunculannya. Samsung berjaya menjual 93.5 juta telefon bimbit, Nokia berjaya menjual 82.7 juta manakala Apple pula berjaya menjual 35.1 juta telefon bimbit dalam tempoh masa 3 bulan terawal 2012. Statistik ini mungkin boleh berubah kerana persaingan cukup sengit, ia membuatkan setiap syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk mesra pengguna. Mungkin dengan kemunculan Samsung Galaxy S3, Samsung boleh mendominasi pasaran namun dengan kemunculan Apple iPhone 5 pula(dijangka Oktober 2012 nanti) Apple nampak harapan untuk muncul semula menjadi pendahulu. Samsung menang di awal tahun, Apple menang di akhir tahun.

No comments:

Post a Comment