BlackBerry Z10

The BlackBerry Z10 uses the new BlackBerry 10 mobile operating system. The user interface of BB 10 is based on the concept of direct manipulation, using multi-touch gestures. Interaction with the OS includes gestures such as swipe, tap, pinch, and reverse pinch, all of which have specific definitions within the context of the BB10 operating system and its multi-touch interface
 The phone has a mobile hotspot functionality, which supports up to 8 devices, sharing its internet connection. It accesses the BlackBerry World, an online application distribution platform for the BlackBerry OS. The service allows users to browse and download applications, games, music, videos from the BlackBerry World store.
The touchscreen keyboard provides an advanced typing experience. It learns the user's writing style and suggests words to help the user type faster, more accurately and with the least amount of effort.
"The BlackBerry Z10 has an 8 megapixel camera on the back with autofocus and LED flash capable of shooting 1080p video, while there's a 2 megapixel camera on the front that shoots video at 720p".A unique feature in the Z10's camera app is TimeShift. "BlackBerry has been showing it off for a while, and it lets users dial back the time on certain pictures so that people aren't making less-than-ideal faces in it (like blinking mid-shot).
The Z10 has Voice Control, that allows the user to operate the phone by spoken commands. Voice Control recognizes natural speech patterns, so that the user can talk naturally and always be understood. It can be used to send messages, compose emails, dictate documents, search the phone just by speaking to the app.

HTC ONE

Pihak HTC telah pun melancarkan HTC One secara rasminya, sekaligus membawakan pelbagai kemaskini padanya, daripada spesifikasi, rekabentuk dan juga antaramuka HTC Sense itu sendiri.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin LCD bersaiz 4.7-inci, dengan sokongan paparan resolusi penuh – 1080p. Perkara ini sekaligus membawakan ketumpatan densiti pada kadar 468PPI pada peranti tersebut. Ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2300mAh, sokongan NFC, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE padanya.
Seperti biasa, pada keluarga One, HTC memfokuskan kepada kamera dipanggil sebagai HTC UltraPixel Camera. HTC mengatakan ia membolehkan pengguna merakamkan gambar yang berkualiti tinggi, walaupun pada keadaan cahaya yang rendah menggunakannya. HTC ImageChip 2 turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video dalam bentuk HDR, 1080p pada kadar 30fps dan 720p pada kadar 60fps.

Selain kamera dan skrin yang baik, HTC One turut didatangkan bersama-sama sokongan HTC BoomSound, dikatakan membawakan kualiti audio yang amat baik melalui dua stereo speaker pada bahagian hadapan. Selain itu, perkara ini juga dikatakan memberikan rakaman audio yang lebih baik pada peranti tersebut, disamping membolehkan pengguna membuat panggilan pada kualiti bunyi suara yang lebih baik berbanding peranti lain.
Sokongan baru dinamakan sebagai HTC Zoe turut sama didatangkan dengan peranti ini, membolehkan pengguna merakamkan gambar dan video HD pada masa yang sama, dan diubah kepada bentuk galeri yang menarik secara automatik, sekaligus membolehkan pengguna menyimpan detik-detik menarik dengan mudah.
Untuk antaramuka HTC Sense, ia diberikan nafas baru sepenuhnya, dimana pada skrin utama, kini pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah dari pelbagai laman dan perkhidmatan. Fungsi ini dipanggil sebagai HTC BlinkFeed, membawakan fungsi seumpama Flipboard, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai informasi dengan mudah.
HTC dikatakan akan memperkenalkan peranti ini secara berperingkat ke seluruh dunia bermula bulan Mac 2013 ini. Tarikh pelancaran dan harga jualan tempatan masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan membawakan pandang pertama peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.

BlackBery Z10 dan BlackBerry Q10

Thorsten Heins (CEO BlackBerry) mempersembahkan dua smartphone model baru yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 iaitu BlackBery Z10 (menggunakan touch screen sepenuhnya) dan BlackBerry Q10 (peranti di sebelah kanan dalam gambar, menggunakan papan kekunci QWERTY dan touch screen). BlackBerry Z10 memiliki skrin 4.2 inci berresolusi 356 PPI (Pixel Per Image) manakala BlackBerry Q10 merupakan smartphone yang memiliki skrin sesentih bersaiz 3.1 inci serta mempunyai bahagian belakang bertesktur untuk keselesaan tapak tangan ketiga memegangnya. BlackBerry Z10 akan bersaing terus dengan iPhone 5, Samsung Galaxy S3, LG Nexus 4 dan Nokia Lumia 920 kerana ia menampilkan ciri multitasking. Pemiliknya boleh menukar-nukar skrin dari satu aplikasi ke aplikasi lain dengan mudah hanya melalui pergerakan swipe tanpa perlu pergi ke home screen terlebih dahulu. BlackBerry Z10 dijual ke pasaran antarabangsa mulai Februari 2013 manakala BlackBerry Q10 mulai dijual pada awal April 2013. Bagi kita di Malaysia pihak BlackBerry bakal mengadakan pelancaran rasmi peranti BlackBerry 10 pada 20 Februari 2012 – harga rasmi smartphone baru BlackBerry di pasaran Malaysia bakal didedahkan ketika itu demikian begitu juga pengenalan pakej-pakej promosi BlackBerry z10 dari syarikat telekomunikasi tempatan misalnya Celcom, DiGi, Maxis, uMobile.

Harga BlackBerry Z10 di Malaysia

Telefon yang bakal beroperasi pada BlackBerry 10, Z10 dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2,199.
Z10 mempunyai skrin yang direka khas untuk input sentuh yang tepat menjadikan proses menaip pada papan kekunci BlackBerry lebih cepat menggunakan teknologi terkini untuk memastikan imej yang terperinci dan jelas.
Peranti dan perisian BlackBerry 10 direka bersama-sama ciri baru iaitu Balance yang mampu membahagikan telefon BlackBerry kepada dua ‘peranti’ yang berasingan, satu untuk bekerja manakala dan satu lagi untuk kegunaan peribadi.
Ia mempunyai dimensi:130 x 65.6 x 9mm dengan berat 137.5g bersama skrin 4.2 inci, 768 x 1280 piksel selain setoran tersedia 16GB yang beroperasi pada RAM 2GB. Manakala kameranya lengkap 8MP di samping set pemproses Dual Core 1.5 GHz Krait.