Harga BlackBerry Z10 di Malaysia

Telefon yang bakal beroperasi pada BlackBerry 10, Z10 dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia dengan harga RM2,199.
Z10 mempunyai skrin yang direka khas untuk input sentuh yang tepat menjadikan proses menaip pada papan kekunci BlackBerry lebih cepat menggunakan teknologi terkini untuk memastikan imej yang terperinci dan jelas.
Peranti dan perisian BlackBerry 10 direka bersama-sama ciri baru iaitu Balance yang mampu membahagikan telefon BlackBerry kepada dua ‘peranti’ yang berasingan, satu untuk bekerja manakala dan satu lagi untuk kegunaan peribadi.
Ia mempunyai dimensi:130 x 65.6 x 9mm dengan berat 137.5g bersama skrin 4.2 inci, 768 x 1280 piksel selain setoran tersedia 16GB yang beroperasi pada RAM 2GB. Manakala kameranya lengkap 8MP di samping set pemproses Dual Core 1.5 GHz Krait.

No comments:

Post a Comment