Samsung Galaxy S3

Secara default Samsung Galaxy S3 menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich tapi programmer di forum XDA Developers telah mengeluarkan CyanogenMod versi ke-10, perisian ubah suai Android untuk menaiktaraf Android 4.0 ICS dalam Galaxy S3 kepada Android 4.1 Jelly Bean. Namun, setelah CyanogenMod 10 di install beberapa kesan sampingan timbul pada Galaxy S3. FM Radio tidak dapat dibuka, fungsi kamera jadi tidak stabil, capaian Wifi tidak stabil, masalah pada audio sebab codex tidak serasi, masalah pada paparan skrin. Jika Anda memiliki Samsung Galaxy S3 dan berminat mahu install CyanogenMod ini supaya mendapat kekacakan rupa paras Android 4.1 mirip Nexus 7, sedialah hadapi risikonya. Walaupun interface cantik tapi perjalanan sistem tidak akan sempurna dek kesan-kesan sampingan sepertimana dikatakan tadi. Tunggu saja update naik taraf ke Android 4.1 dikeluarkan secara rasmi oleh Samsung sebab lebih selamat serta tidak memingkan kepala. Namun jika Anda mahu cuba-cuba install CyanogenMod untuk men’transfrom‘ peranti Anda kepad Android 4.1, bolehlah rujuk ke forum XDA Developer.

No comments:

Post a Comment