Showing posts with label s2. Show all posts
Showing posts with label s2. Show all posts

telefon Samsung Galaxy SII

Sekarang ini dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun, memiliki telefon pintar (smartphone) adalah satu trend atau fenomena. Biasalah, awal-awal mungkin harga smartphone mahal, tapi lama-lama rasanya akan jadi semakin murah. Bayangkan harga sebuah laptop kira-kira 4 5 tahun lepas, kalau ada duit RM2500 pun baru boleh beli Pentium IV :/ Sekarang ni telefon pun dah semakin canggih, macam-macam fungsi ada, boleh cek email, boleh melayari internet dan banyak lagi. Jadi kalau anda betul-betul menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada sesuatu smartphone, memang tak rugi untuk beli satu smartphone macam Samsung Galaxy SII ni.

Apa-apa pun, bagi yang pengguna yang pertama kali ingin membeli smartphone, ataupun pengguna smartphone yang ingin beralih arah, apa kata korang cuba pulak Samsung Galaxy SII ni, serius nampak sangat menarik (berdasarkan review dari rakan-rakan dan bacaan dari internet). Selain tu, ramai juga yang mendakwa bahawa Samsung Galaxy SII ini lebih baik dari Iphone4 keluaran Apple dari beberapa faktor. Cuba tengok video di bawah dan untuk review penuh boleh baca di Review Samsung Galaxy S2 oleh Engadget.com.