Showing posts with label galaxy note. Show all posts
Showing posts with label galaxy note. Show all posts

Samsung Galaxy Note Android 4?

Samsung menangguh pelancaran kemaskini ke Android 4 Ice Cream Sandwich untuk Samsung Galaxy Note, smartphone 5 inci pertama ciptaan mereka. Berita penangguhan ini benar-benar mengecewakan pengguna Samsung Galaxy Note termasuklah bagi kita yang berada di Malaysia. Samsung mengeluarkan kenyataan bahawa update ke Android 4 ICS hanya akan dikeluarkan pada satu jangka masa antara April-Jun 2012 berserta dengan pelancaran software Premium Suite dicipta khas untuk Galaxy Note, kami mengagak ia dilancarkan bersamaan dengan pelancaran Samsung Galaxy S3 juga tablet Samsung Galaxy Note 10 yang dikatakan akan turut membawakan Android 4 ICS di dalamnya pada jangka masa serupa. Update ke Android 4 telah dikeluarkan oleh Samsung untuk pengguna Samsung Galaxy S2 di kawasan Eropah, untuk pengguna di kawasan Asia serta Malaysia, masih belum ada apa-apa berita rasmi dari Samsung berkenaan update tersebut, mungkin akan dikeluarkan sedikit masa lagi.