Showing posts with label IPTV. Show all posts
Showing posts with label IPTV. Show all posts

Apa itu IPTV?

Televisyen melalui Protokol Internet (IPTV) merupakan teknologi yang mana televisyen atau signal video disalurkan kepada pelanggan menggunakan sambungan jalur lebar melalui Protokol Internet. Pengguna hanya boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi. IPTV bukannya satu protokol tetapi penggunaannya dijangka meningkat dalam sama satu atau dua tahun ini disebabkan peningkatan langganan jalur lebar. IPTV menyokong penyiaran siaran langsung atau `live TV' dan juga video yang disimpan (Video mengikut Permintaan - VoD). Pelanggan perlu mempunyai komputer peribadi atau televisyen yang disambungkan melalui kotak set-top yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar. Protokol utama yang digunakan untuk IPTV ialah IGMP version 2 untuk penukaran saluran bagi siaran langsung TV dan RTSP untuk perkhidmatan VoD. Format pemampatan video yang digunakan untuk IPTV ialah MPEG-2, MPEG-4, H.264, WMV (Windows Media Video 9 dan VC1) serta Ogg Theora. Kelebihan IPTV ialah pengguna boleh menikmati siaran televisyen dan melayari Internet serta mengawal siaran seperti `menghenti sekejap, memain semula atau mempercepatkan' siaran. Ia seperti memiliki pemain VCD/DVD sendiri. Terdapat juga usaha untuk membolehkan siaran televisyen atau video yang dilanggan dirakamkan kepada cakera keras.

APAKAH BEZA DIANTARA ANDROID BOX DAN SKYBOX / OPEN BOX

1. Skybox / Openboxer Ia memerlukan para-bola atau piring satelit. Dalam konteks negara kita, ia memerlukan 'Piring @stro untuk menonton tv. Selalu terganggu kerana cuaca sebagaimana @stro. Selalu berhadapan dengan masalah 'scrambled' iaitu keadaan dimana channel yang ditonton jadi beku atau 'hanged'. Skybox pernah 'scrambled' pada bulan puasa tahun 2013 sehingga hampir 3-4 bulan. Ia juga tidak ada channel HD. 2. IPTV box (IPTV=Internet Protocol TV) Ia adalah jenis android box. Menggunakan applikasi internet sepenuhnya. Tidak perlu piring @stro atau piring satelit lain. Tidak ada masalah 'scrambled'. Boleh menggunakan TV untuk dijadikan 'android device'. Boleh digunakan untuk media sosial seperti FB, twitter dll. Boleh juga digunakan untuk tujuan 'Google' dan seumpama dengannya. Mempunyai 48 channel HD.