Samsung catat untung tertinggi dalam sejarah

Jualan kukuh telefon pintar, dahului Apple, Nokia SEOUL: SAMSUNG Electronics Co mencatat keuntungan operasi sukuan tertinggi dalam sejarah, didorong oleh jualan kukuh telefon pintar yang mengimbangi permintaan semikonduktor yang lemah. Petunjuk pendapatan suku ketiga Samsung menunjukkan ia berada pada landasan untuk mencatatkan keuntungan sukuan tertinggi bagi empat suku tahunan berturut-turut, di sebalik perbalahan dengan Apple Inc yang mengakibatkan ia perlu membayar pampasan AS$1 bilion (RM3.1 bilion) Ogos lalu. Bagaimanapun penganalisis berkata peningkatan bagi perbelanjaan pemasaran akan mengurangkan keuntungan syarikat bagi tempoh Oktober-Disember dan mengekalkan marjin keuntungan bagi peranti mudah alih akan menjadi lebih sukar. Samsung menjangkakan pendapatan operasinya bagi tempoh Julai-September meningkat dua kali ganda kepada 8.1 trilion won (AS$7.3 bilion) daripada 4.25 trilion won yang dicatatkan tahun sebelumnya. Keputusan kewangan itu, yang 21 peratus lebih tinggi daripada keuntungan tertinggi dicatatkan Samsung pada April-Jun, adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran 7.6 trilion won, menurut tinjauan pendapat daripada 26 penganalisis oleh FnGuide Inc, penyedia maklumat kewangan. Pengeluar terbesar telefon mudah alih, cip memori dan TV dunia itu menjangkakan pendapatan sukuan meningkat 26 peratus kepada 52 trilion won, berbanding tahun sebelumnya. Saham Samsung didagangkan 0.4 peratus lebih rendah di Seoul. Samsung akan mengumumkan keputusan kewangannya termasuk pendapatan bersih dan pecahan bagi setiap bahagian pada akhir bulan ini. Penganalisis percaya perniagaan komunikasi mudah alih Samsung yang menjual telefon mudah alih, pemain media dan komputer tablet meraih hampir 70 peratus daripada keuntungan operasi syarikat pada suku sebelum ini. Pertumbuhan itu didorong oleh permintaan tinggi bagi telefon pintar Samsung yang menggunakan platform Android, sekali gus menampung kelemahan permintaan cip memori selain marjin lebih kecil bagi jualan televisyen. Samsung mendahului Apple dan Nokia dalam jualan telefon pintar buat kali pertama pada 2011, menurut penganalisis strategi. - AP

4 comments:

  1. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  2. Wajar saja,karena Samsung itu sangat bagus,saya juga pakai produck dari samsung,yaitu ponsel GT-B7510,,,SALAM PERSAHABATAN KAWAN

    ReplyDelete
  3. tapi samsung tu lau pakai ok ke..
    cam x je...huuuu

    ReplyDelete