Telefon Samsung Galaxy S III

Selepas semua gembar-gembur dan desas-desus berlegar di kalangan pengguna, Samsung Galaxy S III akhirnya dilancarkan. SIII menampilkan skrin AMOLED HD berukuran pada 4.8 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel. Ia dilengkapi dengan pemproses quad-core terkini Exynos dari Samsung dan kamera RMK8 yang boleh merakam dalam 1080p. SIII beroperasi pada Google Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), malah ia telah diubahsuai oleh Samsung untuk menawarkan pengecaman suara dan pengesan mata. Samsung juga telah menetapkan fungsi Beam yang menggunakan NFC. Fungsi tersebut mampu menghantar fail sebesar 1GB antara dua telefon SIII dalam masa tiga minit atau fail 10MB dalam masa dua saat dengan menyentuh kedua-duanya bersama.

2 comments:

  1. Hello, it's really a fastidious for me to visit this site, it consists of valuable Information. i got something good to share..come visit me sometimes :D

    ReplyDelete