Homoseksual akan ditakrif sebagai ajaran sesat

Melaka bersedia mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menakrifkan kegiatan homoseksual dan lesbian sebagai satu ajaran sesat.

mohd ali rustamKetua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain satu usaha menangani gejala ini dari menular dan berleluasa di negeri berkenaan, enakmen itu juga akan membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas, sebagaimana tindakan terhadap mana-mana pengikut ajaran sesat.

Menurutnya, tindakan sedemikian termasuklah ini membicarakan mereka di mahkamah syariah serta dimasukkan ke pusat pemulihan akidah bagi dibimbing kembali ke pangkal jalan.

"Kita bersedia untuk mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian ini, sebagaimana kita tangani ajaran sesat sebelum ini.

"Sebagaimana tindakan diambil terhadap ajaran sesat lain seperti al-Arqam dan sebagainya, tindakan serupa akan turut diambil terhadap mereka yang menyokong, mengikut atau terlibat dalam aktiviti homoseksual dan lesbian ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011 yang diharamkan polis.

Difahamkan, setakat ini, pihak Majlis Agama Islam Melaka (Maim) sudah mewartakan hampir 16 ajaran sesat.

2 comments:

  1. wach,ajaran sesat yang sangat sangat,melakukan hal hal yang tak pantas dilakukan

    ReplyDelete
  2. fuhh.. nampaknya banyak la ajaran sesat sekarang ni...

    ReplyDelete