Facebook diminta buang kandungan hina Raja Thailand
BANGKOK 25 Nov. - Thailand meminta laman rangkaian sosial Facebook membuang lebih 10,000 halaman yang mengandungi imej atau teks yang disifatkan ‘menyinggung’ sistem pemerintahan beraja, kata menteri, semalam.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah di Thailand memenjarakan seorang lelaki selama 20 tahun kerana menghantar mesej yang dianggap menghina pemerintah beraja.
“Kami telah memaklumkan pihak Facebook dan mendapatkan bantuan mereka untuk membuang kandungan yang bersifat menghina raja kita,” kata Menteri Maklumat, Anudith Nakornthap. - AFP

Homoseksual akan ditakrif sebagai ajaran sesat
Melaka bersedia mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menakrifkan kegiatan homoseksual dan lesbian sebagai satu ajaran sesat.
mohd ali rustamKetua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain satu usaha menangani gejala ini dari menular dan berleluasa di negeri berkenaan, enakmen itu juga akan membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas, sebagaimana tindakan terhadap mana-mana pengikut ajaran sesat.
Menurutnya, tindakan sedemikian termasuklah ini membicarakan mereka di mahkamah syariah serta dimasukkan ke pusat pemulihan akidah bagi dibimbing kembali ke pangkal jalan.
"Kita bersedia untuk mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian ini, sebagaimana kita tangani ajaran sesat sebelum ini.
"Sebagaimana tindakan diambil terhadap ajaran sesat lain seperti al-Arqam dan sebagainya, tindakan serupa akan turut diambil terhadap mereka yang menyokong, mengikut atau terlibat dalam aktiviti homoseksual dan lesbian ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011 yang diharamkan polis.
Difahamkan, setakat ini, pihak Majlis Agama Islam Melaka (Maim) sudah mewartakan hampir 16 ajaran sesat.

3 Cara Jimatkan Bateri Sehingga 50%
Semenjak Apple melepaskan iOS versi 4.1.x, iPhone 4 dan 3GS didapati cepat habis bateri.
Untuk itu, penulis telah membuat pemerhatian dan mendapati bateri iPhone 4 dapat bertahan sehingga tiga hari dengan penggunaan ringan berbanding dua hari sebelum ini (penjimatan sehingga 50%) dengan 3 cara berikut :
1. Matikan Notifications dan Location Services dalam Settings
2. Matikan Push dan set Fetch kepada manually dalam Settings > Mail, Contacts, Calendars > Fetch New Data.
3. Log Out/Sign Out semua aplikasi yang memerlukan Log In/Sign In
Agak mengejutkan, aplikasi facebook adalah antara aplikasi yang paling cepat menghabiskan bateri walaupun setelah ditutup. Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya sign out akaun sebelum menutup aplikasi tersebut. Situasi ini mungkin juga benar bagi aplikasi seperti Yahoo! Messenger, Skype dan aplikasi-aplikasi sosial lain yang memerlukan log in/sign in.
Penulis harap tips ini dapat membantu pengguna yang berhadapan dengan masalah yang sama.
*Tips ini mungkin juga relevan bagi pengguna Android.

Subscribe to:
Posts (Atom)