7 Tips niaga Kedai Makan
Anda berhajat untuk buka bisnes kedai makan? Tetapi anda buntu apakah strategi yang berkesan sebelum memulakan perniagaan anda?
Anda boleh membuka kedai makan secara kecil-kecilan menggunakan warung berkhemah, di depan rumah atau di tempat tumpuan orang ramai.
Dengan adanya tempat yang sederhana diubahsuai dengan menarik walaupun tidak mewah, ramai yang akan tertarik untuk berkunjung.
Beberapa perkara yang anda harus lakukan supaya kedai makan anda menjadi pilihan pengunjung untuk menikmati makan pagi, tengahari atau malam.
Semoga pengkongsian ini dapat bantu memberi anda banyak lagi cetusan-cetusan idea untuk berikan yang terbaik bagi perniagaan yang anda bangunkan nanti. Ok jom kita teruskan.
#1-Waktu Perkhidmatan Jelas Dipaparkan
Paparan waktu perniagaan perlu diletakkan di depan kedai anda supaya pelanggan tahu pukul berapa perkhidmatan bermula.
Anda juga perlu nyatakan hari apa kedai ditutup supaya pelanggan tahu untuk merancang perjalanan masa ke kedai anda.
Kemudian berkenaan dengan menu pulak. Adakah kedai makan tu menyediakan menu makan tengahari ataupun hanya menyediakan menu makan malam?
Jangan letakkan menu yang belum ada atau dalam perancangan anda kerana ianya akan merosakkan mood pelanggan jika jawapan tiada sahaja diberikan apabila makanan diminta tiada dalam sajian.
#2-Servis Yang Laju
Jika anda pergi kedai mamak, anda akan menunggu dengan tenang kerana servis perkhidmatan yang laju. Kenapa servis kedai makan laju? Adakah kerana pekerjanya yang ramai?
Pelayan kedai mamak sangat cekap. Mereka akan ambil order dan buat semakan. Sambil buat semakan tu, pelayan yang sama boleh tanya, sama ada kita nak tambah apa-apa order atau tak.
#3- Kebersihan
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil faktor kebersihan kedai akan diletakkan pada tangga teratas dalam pemulihan kedai makan.
Kebersihan premis perniagaan, kebersihan lantai, meja makan, kerusi, pinggan mangkuk yang digunakan termasuklah juga sudu dan garfu.
#4-Kualiti Makanan
Makanan kalau sedap, pasti akan diviralkan. Pelanggan akan lakukan marketing dari mulut ke mulut. Namun, permasalahannya, yang kerap terjadi adalah, rasa makanan langsung tak konsisten. Aspek makanan sedap ni memang subjektif dan ia berbeza-beza mengikut selera masing-masing.
#5-Kemudahan Tambahan Yang Disediakan
Lagi banyak kemudahan yang mampu disediakan, itu lebih baik. Namun, jika tak dapat sediakan semua, janganlah langsung tak ada kemudahan.
Wifi untuk menarik golongan muda untuk datang lepak ke kedai makan kita.
Astro – Ini untuk memudahkan orang ramai untuk menonton siaran sukan atau apa-apa siaran menarik yang tidak ditayangkan di televisyen.
Ruang solat ni sangat berguna terutama sekali apabila bulan puasa.
Sediakan ruang bermain untuk kanak-kanak, macam gelongsor, jongkat-jongket dan sebagainya.
Wujudkan sistem tempahan menerusi telefon, SMS atau whatsapp.
Servis penghantaran makanan
#6-Pekerja
Memberi latihan secukupnya kepada para pekerja anda. Wujudkan suasana kerja yang harmoni dan gembira supaya ianya merebak kepada para pelanggan yang datang.
Pekerja adalah aset penting dalam perniagaan anda. Sebagai majikan, janganlah berikan beban dan tugasan yang terlalu banyak untuk seorang pekerja tu.
#7-Sistem Pembayaran
Paling senang dan memudahkan pelanggan adalah melakukan pembayaran di meja makan. Situasi anak kecil meragam, atau lain-lain perkara yang menyebabkan pelanggan sukar untuk menjelaskan bayaran di kaunter.
Bila dah sedia nak bayar, pelanggan akan mintak bill dan beri duit untuk buat bayaran. Jika ada baki, kita hanya perlu tunggu di situ sahaja sementara pelayan pulangkan duit untuk kita. Jadi sebagai pelanggan, tak perlu susah payah nak beratur di kaunter.
Subscribe to:
Posts (Atom)