cara jual online di Malaysia

1) Ebay.com.my – Anda boleh jual dengan percuma dan salah satu tempat yang terbaik untuk menjual online. Tak seperti Ebay.com, laman web ini tidak memerlukan anda untuk membayar apa-apa peratusan jualan kepada mereka. Ini masih sebuah laman web daripada syarikat US, Ebay. Anda juga boleh menerima Paypal untuk pembayaran. 2) Lelong.com.my - Laman web ini adalah lebih popular daripada Ebay di Malaysia. Ia bermula agak kecil, tetapi akhirnya berkembang dan mula mendapat banyak perniagaan. Kebanyakan perniaga membuka kedai-kedai mereka sendiri dalam laman web ini. Walau bagaimanapun, reka bentuk laman web ini tidak beberapa cantik. 3) Mudah.my - Ini adalah satu laman membeli-belah yang dilawati ramai di Malaysia. Anda boleh mendapatkan apa-apa saja dalam laman web ini. Senang untuk peniaga meletakkan barang-barang untuk dijual. Ia juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan anda untuk memulakan mana-mana akaun dengan mereka. Walau bagaimanapun, semua senarai akan disemak oleh kakitangan mereka untuk memastikan mereka adalah sah. 4) Lowyat.net - Forum ini telah dimulakan oleh sekumpulan Pakar Teknologi. Selepas beberapa tahun, ia telah mendapatkan ramai pengikut dan lama-kelamaan menjadi peminat juga. Anda boleh melihat orang memakai lowyat.net T-shirt. Mereka juga mula laman web kedai online mereka sendiri seperti StoreKini, terutamanya yang menjual barangan IT. Dalam forum ini, banyak lowyatian (pengguna forum) telah memulakan perniagaan mereka. Anda juga boleh melihat sejarah jualan mereka juga. 5) Shopee - Anda kini boleh juga membeli dan menjual dari sebuah aplikasi handphone yang dikenali sebagai Shopee. Anda hanya perlu install ke dalam handphone anda, daftar dan mula menjual. Ramai pembeli mengakses internet melalui handphone sekarang, saya percaya platform yang baru ini akan menjadi tempat yang hebat untuk menjual. 6) Carousell - Satu lagi aplikasi handphone yang dipanggil Carousell. Dengan menggunakan Carousell, anda boleh menjual di handphone. Ianya seperti shopee juga. 7) Selain di atas, cuba menjual di Facebook dengan memulakan Page. Buat promosi Page itu melalui keluarga dan rakan-rakan dengan mengunakan social media di Facebook. Cuba untuk menganjurkan pertandingan dan memberi hadiah kepada pemenang. Cara ni memang sudah terbukti. 8) Instagram adalah satu lagi aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menjual juga. Ambil gambar produk dan meletakkan harga barang yang di dalam gambar yang sama. Hash tag produk anda dengan sewajarnya untuk memastikan lebih ramai orang boleh melihat gambar anda.

No comments:

Post a Comment