Samsung S5 diperkenalkan di Mobile World Congress 2014

Samsung menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol, ­pastinya dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta ­aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik foto. Lapor Gaddafi Musli di Barcelona, Sepanyol.


Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quad-core dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4.

Untuk pengguna yang mendambakan kepantasan Internet, S5 didatangkan dengan Download Booster, teknologi Wi-Fi yang menggabungkan kelajuan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data.

Gajet yang ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan emas ini juga tahan percikan air serta debu IP67 dan ditambah baik dengan fungsi keselamatan menggunakan pengimbas cap jari, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran online.

 

SPESIFIKASI:

Produk: Samsung ­Galaxy S5
Harga: Tidak diperoleh
OS: Android 4.4.2 Kitkat
Dimensi: 5.60 x 2.85 x 0.31 inci
Berat: 145g
Paparan: 5.1 inci HD Super AMOLED
Kamera: 16MP
Kamera depan: 2MP
CPU: 2.5GHz Quad Core
Memori: 16/32/64GB
Slot kad: microSD
Bateri: 2,800mAh
RAM: 2GB

No comments:

Post a Comment