Apa itu IPTV?

Televisyen melalui Protokol Internet (IPTV) merupakan teknologi yang mana televisyen atau signal video disalurkan kepada pelanggan menggunakan sambungan jalur lebar melalui Protokol Internet. Pengguna hanya boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi. IPTV bukannya satu protokol tetapi penggunaannya dijangka meningkat dalam sama satu atau dua tahun ini disebabkan peningkatan langganan jalur lebar. IPTV menyokong penyiaran siaran langsung atau `live TV' dan juga video yang disimpan (Video mengikut Permintaan - VoD). Pelanggan perlu mempunyai komputer peribadi atau televisyen yang disambungkan melalui kotak set-top yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar. Protokol utama yang digunakan untuk IPTV ialah IGMP version 2 untuk penukaran saluran bagi siaran langsung TV dan RTSP untuk perkhidmatan VoD. Format pemampatan video yang digunakan untuk IPTV ialah MPEG-2, MPEG-4, H.264, WMV (Windows Media Video 9 dan VC1) serta Ogg Theora. Kelebihan IPTV ialah pengguna boleh menikmati siaran televisyen dan melayari Internet serta mengawal siaran seperti `menghenti sekejap, memain semula atau mempercepatkan' siaran. Ia seperti memiliki pemain VCD/DVD sendiri. Terdapat juga usaha untuk membolehkan siaran televisyen atau video yang dilanggan dirakamkan kepada cakera keras.

1 comment: