BlackBery Z10 dan BlackBerry Q10

Thorsten Heins (CEO BlackBerry) mempersembahkan dua smartphone model baru yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 iaitu BlackBery Z10 (menggunakan touch screen sepenuhnya) dan BlackBerry Q10 (peranti di sebelah kanan dalam gambar, menggunakan papan kekunci QWERTY dan touch screen). BlackBerry Z10 memiliki skrin 4.2 inci berresolusi 356 PPI (Pixel Per Image) manakala BlackBerry Q10 merupakan smartphone yang memiliki skrin sesentih bersaiz 3.1 inci serta mempunyai bahagian belakang bertesktur untuk keselesaan tapak tangan ketiga memegangnya. BlackBerry Z10 akan bersaing terus dengan iPhone 5, Samsung Galaxy S3, LG Nexus 4 dan Nokia Lumia 920 kerana ia menampilkan ciri multitasking. Pemiliknya boleh menukar-nukar skrin dari satu aplikasi ke aplikasi lain dengan mudah hanya melalui pergerakan swipe tanpa perlu pergi ke home screen terlebih dahulu. BlackBerry Z10 dijual ke pasaran antarabangsa mulai Februari 2013 manakala BlackBerry Q10 mulai dijual pada awal April 2013. Bagi kita di Malaysia pihak BlackBerry bakal mengadakan pelancaran rasmi peranti BlackBerry 10 pada 20 Februari 2012 – harga rasmi smartphone baru BlackBerry di pasaran Malaysia bakal didedahkan ketika itu demikian begitu juga pengenalan pakej-pakej promosi BlackBerry z10 dari syarikat telekomunikasi tempatan misalnya Celcom, DiGi, Maxis, uMobile.

1 comment:

  1. teringin juga nak order satu

    http://www.araublogger.com/
    http://savemarriagesolutions.blogspot.com/

    ReplyDelete